Hari ini tanggal 04 March 2010,saya selaku setiausaha Club Anak Pelangai (CAP) dengan berbesar hati menubuhkan ruangan blog khas untuk warga Mukim Pelangai.
Motif blog :
1)Menyampaikan dan mengenengahkan suara2 anak Pelangai yang inginkan kemajuan dan pembangunan dari segi ekonomi dan modal insan
2)Menjadi salah satu wadah untuk melaporkan segala aktiviti2 yang telah dijalankan oleh CAP sepanjang penubuhan
3)Menjadi satu medium untuk menyebarkan maklumat terkini,berita2 dan juga fakta2 sejarah tentang Pelangai dan pembentukan kampung2 yang ada di dalam mukim Pelangai.
CAP sebagai satu satunya kelab/persatuan/yayasan untuk anak2 Pelangai akan berjuang demi Pelangai dan memastikan kebajikan warga Pelangai diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri,persekutuan,syarikat2 korporat mahupun orang perseorangan
Blog Suara Anak Pelangai (SAP) sama sekali tidak memihak kepada mana2 parti politik akan tetapi akan sentiasa menyebelahi mana2 pihak yang ikhlas dalam memperjuangkan nasib orang kampung yang mana selaras dgn agenda penubuhan Club Anak Pelangai (CAP) untuk sebagai NGO-non government organisation dan NPO-non political organisation
Sebarang komen dan maklum balas amat kami alu2 kan
sekian
-admin blog SAP-